Nakawan Ultra tarik peserta dari 13 nega

Nakawan Ultra tarik peserta dari 13 negara

LARIAN Nakawan Ultra yang sudah memasuki edisi ketiga penganjuran banyak membantu mempromosi dan memperkenalkan Banjawan Nakawan di mata dunia.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Larian Nakawan Ultra memasuki edisi ketiga penganjuran yang banyak membantu mempromosi dan memperkenalkan Banjaran Nakawan di mata dunia bakal menampilkan lebih 1,240 peserta termasuk pelari dari 13 negara.

Penganjur Nakawan Ultra, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman berkata, tahun ini, acara larian itu akan berlangsung pada 12 Disember di Kompleks Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat membabitkan kategori 50 kilometer (km), 30km dan 10km.

Katanya, penyertaan turut melibatkan pelari dari Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, Myanmar, India, Jepun, Perancis, Jerman, United Kingdom (UK) Amerika Syarikat (AS) dan Iceland.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, penyertaan peserta antarabangsa tersebut mengukuhkan usaha memperkenalkan Perlis sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan dan larian denai di mata dunia.

“Dengan laluan yang merangkumi tujuh puncak sekitar Banjaran Nakawan, peserta bakal menguji ketahanan fizikal dan mental sambil menikmati keunikan landskap serta keindahan alam semula jadi Perlis.

“Bagi kategori 50km, peserta diberikan tempoh sehingga 17 jam untuk menamatkan cabaran iaitu menuntut stamina, strategi dan semangat juang yang tinggi sepanjang larian.

“Selain peserta, penganjuran kali ini dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung merangkumi peminat larian denai, ahli keluarga dan penyokong dari seluruh negara serta luar negara.

“Kehadiran mereka diharap dapat merancakkan aktiviti pelancongan serta memberikan manfaat kepada pengusaha penginapan, peniaga makanan dan komuniti setempat,” katanya.

Ku Hasrin berkata, bagi memeriahkan suasana, pelbagai jualan termasuk barangan sukan dan kelengkapan outdoor akan berlangsung pada 11 hingga 12 Disember 2026 di lokasi acara.

Katanya, orang ramai berpeluang membeli-belah, menikmati suasana acara serta memberikan sokongan dan semangat kepada para pelari.

“Nakawan Ultra terus menjadi platform untuk memperkukuh penjenamaan Perlis sebagai destinasi pelancongan sukan dan alam semula jadi, di samping mengetengahkan keistimewaan Banjaran Nakawan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini