Rayuan tangguh haji turun kepada 18 peratus

Rayuan tangguh haji turun kepada 18 peratus

TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rayuan penangguhan menunaikan ibadat haji mencatatkan kadar yang lebih rendah iaitu 18 peratus pada musim 1447H/2026M berbanding 50 peratus pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Mustakim Mohamad berkata, permohonan rayuan musim ini akan ditutup mulai esok 1 Ramadan.

Katanya, Tabung Haji telah menerima sekitar 85,000 permohonan rayuan haji bagi musim tahun ini berbanding kuota tahunan sebanyak 31,600.

“Permohonan rayuan yang telah diterima sebelum tarikh ini kekal dalam pertimbangan Tabung Haji.

“Sekiranya berlaku kekosongan saat akhir akibat penangguhan atau pembatalan, pengisian akan dibuat daripada senarai rayuan sedia ada berdasarkan merit dan kriteria yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Mustakim berkata, permohonan rayuan yang telah diterima sebelum tarikh ini kekal dalam pertimbangan Tabung Haji.

“Sekiranya berlaku kekosongan saat akhir akibat penangguhan atau pembatalan, pengisian akan dibuat daripada senarai rayuan sedia ada berdasarkan merit dan kriteria yang ditetapkan,” ujarnya.

Mustakim berkata, pihaknya akan menumpukan usaha bagi memastikan kelancaran operasi haji musim 1447H/2026M.

“Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan bermula pada 18 April 2026, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei 2026, dengan hari Wukuf dijangka pada 26 Mei 2026,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×