Verstappen puji prestasi enjin baharu Red Bull

Verstappen puji prestasi enjin baharu Red Bull

Jentera baharu pasukan Redbull yang dilancarkan pertengahan bulan lalu meningkatkan keyakinan Max Vertappen untuk mencabar kejuaraan perlumbaan Formula Satu musim ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Juara dunia Formula 1 (F1) empat kali, Max Verstappen memuji prestasi Red Bull yang telah membuat permulaan baik dengan enjin baharu untuk perlumbaan musim ini.

Red Bull memasuki kitaran peraturan baharu dengan membina unit kuasa sendiri buat pertama kali, hasil kerjasama bersama gergasi automotif Amerika Syarikat (AS), Ford.

Ketika ujian di Barcelona hujung bulan lalu, terdapat keraguan mengenai kemampuan Red Bull dengan enjin baharu berkenaan, namun maklum balas awal daripada pencabar, khususnya Mercedes menunjukkan pasukan itu berjaya memulakan langkah dengan baik.

“Saya rasa, secara keseluruhan, agak baik. Pada hari pertama, saya tidak dapat menamatkan banyak pusingan, juga disebabkan cuaca.

“Tetapi pada hari terakhir berjalan lancar. Saya buat banyak pusingan, kami belajar banyak. Masih banyak perkara yang kami ingin teliti dan perbaiki tetapi itu normal, saya rasa.

“Secara umum, dengan enjin baharu ini untuk menamatkan jumlah pusingan yang kami lakukan adalah sangat baik dan ia permulaan yang baik untuk kami.

“Tampak positif tetapi ini masih awal. Masih dalam proses pembangunan tetapi saya rasa kami telah memulakan dengan cukup baik dalam hal itu.

“Ini masih formula yang rumit, saya rasa untuk semua orang, jadi masih banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi itu normal,” katanya.

Ujian di Barcelona tidak berjalan lancar sepenuhnya untuk Red Bull, dengan rancangan pusingan mereka terganggu akibat kemalangan teruk Isack Hadjar pada hari kedua.

Akibatnya, Red Bull terpaksa menunggu sehari sementara menanti ketibaan alat ganti baharu dari pangkalan mereka di Milton Keynes. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN