Jadikan warisan aset jana ekonomi negara

Jadikan warisan aset jana ekonomi negara

ANWAR Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, semalam. – Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aspek wari­san perlu dimanfaatkan sebagai aset strategik negara yang mampu menjana ekonomi dan merancakkan pelancongan bukan hanya dipelihara sebagai tinggalan sejarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan pemuliharaan mene­rusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur menumpukan usaha menghidupkan semula tapak bersejarah supaya memberi manfaat ekonomi berasaskan budaya kepada rakyat.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan antara strategi utama bagi meningkatkan kema­sukan pelancong antarabangsa dan menggalakkan pergerakan pelancongan domestik selari de­ngan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Warisan merupakan aset strategik yang mampu menjana kegiatan pelancongan, budaya seni, menggerakkan industri kreatif dan membuka peluang pekerjaan, serta me­ngukuhkan ekosistem pernia­gaan tempatan termasuk da­lam kalangan peniaga kecil.

“Malaysia bukan sahaja di­ke­nali kerana keindahan alam dan kepelbagaian serta kerencaman budaya, tetapi juga ke­rana kekuatan naratif sejarah dan peradaban.

“Lebih penting, ikhtiar ini mencerminkan hasrat bersama membina Kuala Lumpur yang moden, indah dan dinamik, namun berakar kepada sejarah dan nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) Fasa 1, semalam.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan detik bersejarah tersebut.

Tambah Anwar, pemuliha­raan kompleks itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan bagi memelihara warisan negara yang bukan sekadar simbol fizikal masa lalu sebaliknya mampu membentuk ke­sedaran serta jati diri ma­sya­rakat merentas generasi.

Menurutnya, inisiatif ber­kenaan perlu bergerak seiring dengan pembangunan moden supaya kemajuan negara tidak memutuskan hubungan de­ngan akar sejarahnya.

“Menyingkap acara berseja­rah, pemuliharaan bukan se­ma­ta-mata usaha untuk me­ngu­lang nostalgia tetapi ikh­tiar bagi memastikan sejarah negara.

“Dari Perlis sampai ke Sabah, harus sentiasa berakar se­gar, dijadikan pedoman, agar gene­rasi kini dan generasi pe­nerus tidak akan gelojoh dan tersasar daripada cita-cita dan idealisme murni perjuangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN