Mangga kunci tersangkut dalam hidung kanak-kanak

Mangga kunci tersangkut dalam hidung kanak-kanak

TANGKAP layar video tular mangga kunci tersangkut pada hidung seorang kanak-kanak di Huaihua di wilayah Hunan, China.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki dari Huaihua di wilayah Hunan, China mencuri perhatian ramai selepas gambar dirinya dengan sebuah mangga kunci tersangkut dalam hidungnya tular di media sosial baru-baru ini.

Tidak dapat dipastikan bagaimana mangga kecil itu boleh tersangkut di hidung kanak-kanak berkenaan, namun kebanyakan pihak percaya dia sedang bermain dengannya, malah ada yang mengaitkannya dengan cubaan meniru watak  Bull Demon King

Selepas beberapa percubaan untuk mengeluarkan mangga tersebut gagal, kanak-kanak itu meminta bantuan ibu bapanya. Namun, mereka tidak dapat menanggalkannya tanpa menyebabkan kesakitan teruk atau risiko kecederaan. 

Akhirnya, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan mendapatkan bantuan daripada pasukan bomba tempatan.

Kes itu turut menjadi cabaran kepada anggota bomba. Pada peringkat awal, mereka menenangkan kanak-kanak berkenaan sebelum memeriksa keadaan mangga tersebut. 

Pasukan penyelamat bimbang cubaan menarik mangga itu atau menggunakan tekanan berlebihan boleh menyebabkan kecederaan serius, termasuk risiko menebuk septum hidung kanak-kanak berkenaan.

Sebagai langkah paling selamat, anggota bomba memilih untuk memotong mangga tersebut menggunakan alat pemotong khas.

Sepanjang operasi, kanak-kanak itu dilaporkan kekal tenang dan selepas kejadian tersebut, dia berjanji tidak akan memasukkan sebarang objek ke dalam hidungnya lagi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×