Trump anggap kerjasama Britain-China 'sangat bahaya' 

Trump anggap kerjasama Britain-China ‘sangat bahaya’ 

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan tindakan sekutu rapatnya, Britain untuk mengadakan urusan dengan China sebagai ‘sangat berbahaya’.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer sedang dalam rangka lawatan ke Beijing bagi mengadakan rundingan dengan pemimpin China, Xi Jinping.

Lawatan Starmer ke China merupakan kunjungan pertama oleh seorang Perdana Menteri Britain sejak 2018. 

Langkah itu menyusuli tindakan beberapa pemimpin Barat lain yang cuba memulihkan hubungan dengan Beijing baru-baru ini dan turut dilihat ramai pihak sebagai peralihan tumpuan daripada AS yang kini dianggap semakin sukar diramal.

Pada Khamis, Starmer bertemu dengan Xi serta pegawai kanan China, selain menandatangani beberapa perjanjian kerjasama.

Selain Britain, Trump turut mengulas mengenai kunjungan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney ke China pada pertengahan Januari lalu yang membuahkan perjanjian dalam sektor perdagangan dan pelancongan.

Susulan kunjungan itu, Trump sebelum ini mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas barangan import Kanada sekiranya Carney meneruskan sebarang perjanjian lanjut dengan Beijing. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri Kanada itu menyifatkan ancaman tersebut sekadar taktik rundingan.

“Saya berpendapat adalah lebih berbahaya bagi Kanada untuk menjalankan perniagaan dengan China. Ekonomi Kanada tidak berada dalam keadaan baik. 

“Mereka sedang merosot dan tidak boleh melihat China sebagai jalan penyelesaian,” tambah Trump selepas memberikan komen mengenai Britain. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×