Trump dakwa Hamas sedia lucut senjata susulan kemajuan perjanjian Gaza

Trump dakwa Hamas sedia lucut senjata susulan kemajuan perjanjian Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata Hamas dijangka melucutkan senjata dalam satu perkembangan penting yang berpotensi mengukuhkan gencatan senjata rapuh antara kumpulan itu dengan Israel.

Trump berkata demikian walaupun Hamas belum mengesahkan secara rasmi langkah tersebut.

“Ramai yang beranggapan mereka tidak akan melucutkan senjata, tetapi kini nampaknya perkara itu akan berlaku,” kata Trump dalam satu mesyuarat Kabinet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memuji kerjasama Hamas yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh AS selepas tentera Israel membawa pulang mayat tebusan terakhir yang ditahan di Gaza, Ran Gvili.

“Mereka membantu dalam proses membawa pulang mayat tersebut dan keluarga mangsa amat bersyukur,” katanya.

Trump meminta laporan terkini mengenai situasi Asia Barat daripada utusan khasnya, Steve Witkoff yang hadir dalam mesyuarat itu bersama anggota Kabinet dan wakil media.

Witkoff menyuarakan keyakinan tinggi Hamas akan menunaikan komitmen berkenaan.

“Kami telah menyingkirkan kumpulan bersenjata dari kawasan itu dan mereka akan dinyahmiliterkan. Mereka tidak mempunyai pilihan lain,” katanya.

“Mereka akan menyerahkan senjata, termasuk senjata automatik,” katanya lagi.

Hamas sebelum ini menyatakan pemulangan mayat Gvili mencerminkan komitmennya terhadap gencatan senjata, namun setakat ini kumpulan itu belum menyerahkan senjatanya.

Kumpulan berkenaan berulang kali menegaskan pelucutan senjata merupakan ‘garis merah’, namun dalam masa sama menyatakan kesediaan untuk menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pentadbiran Palestin.

Pelucutan senjata merupakan elemen utama dalam fasa kedua pelan gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober lalu.

Sementara itu, sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin ditubuhkan dengan tujuan mengambil alih pentadbiran di Semenanjung Gaza yang musnah teruk akibat konflik.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×