Wujudkan kementerian khusus tangani kemiskinan bandar

Wujudkan kementerian khusus tangani kemiskinan bandar

Laporan siasatan
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kementerian atau portfolio khusus menangani masalah kemiskinan bandar perlu diwujudkan oleh kerajaan.

Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata, kemiskinan bandar bukan masalah yang boleh dilihat sekali imbas sahaja kerana ia mempunyai lapisan-lapisan tertentu dan rangkaian-rangkaian permasalahan.

Kata beliau, ia bukan hanya tentang persoalan kekurangan makan, ketidakcukupan kewangan tetapi juga memberi kesan kepada malnutrisi.

Ia seterusnya memberi kesan kepada otak dan kualiti pembelajaran sehingga menyebabkan mereka ketinggalan.

“Langkah pertama adalah untuk memastikan adanya satu kementerian. Kita ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai contoh sebelum ini pada tahun tertentu menjadi agensi pusat untuk melawan kemiskinan bandar.

“Pada hari ini, kita ada kementerian yang melihat kos sara hidup, mungkin kementerian ini boleh ditetapkan tetapi pada saya, jika kita gagal mempunyai satu kementerian dan portfolio khusus maka kita akan hanya menangani simptom-simptom serta gagal menangani kemiskinan bandar,” katanya sewaktu sesi perbahasan titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×