Bapa didakwa cuba bunuh anak 3 tahun di jeti Tok Bali

Bapa didakwa cuba bunuh anak 3 tahun di jeti Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun di tepi Pengkalan Maritim Tok Bali, Pasir Puteh, dekat sini dua minggu lalu.

Hairei Huzairiey Hazmi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap kanak-kanak terbabit di Jalan Pak Mayong berhampiran jeti Tok Bali kira-kira pukul 7 pagi pada 14 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun  jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×