PETALING JAYA: Ringgit melepasi paras RM4.00, sekali gus mencatatkan paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 9 pagi Isnin.
Mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 3.9750/3.9800 berbanding penutup 4.0020/4.0080 pada Jumaat lalu.
Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 31 Mei 2018 apabila ia mencecah 3.9770/3.9800 berbanding dolar AS.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, ringgit dijangka didagangkan di bawah paras RM4 berbanding dolar AS buat kali pertama dalam tempoh hampir lapan tahun, minggu ini. – UTUSAN











