Toprak 'ayam tambatan' baharu Yamaha

Toprak ‘ayam tambatan’ baharu Yamaha

Toprak Razgatlioglu menjadi pelumba baharu pasukan Pramac Yamaha untuk musim 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua MotoGP Yamaha, Paolo Pavesio menyifatkan kemasukan juara dunia Superbike (SBK) tiga kali dari Turkiye, Toprak Razgatlioglu ke MotoGP bersama pasukan Pramac Yamaha pada musim 2026 sebagai detik ‘melengkapkan satu kitaran’ buat jenama itu dan pelumba berkenaan.

Razgatlioglu menjadi antara nama paling mencuri tumpuan dalam pasaran pelumba apabila menandatangani kontrak untuk menyertai Pramac selepas sebelum ini hampir melangkah ke MotoGP bersama Yamaha pada 2023 namun perancangan itu tidak menjadi kenyataan.

“Datang ke MotoGP pada usia ini dengan tahap kematangan sukan yang dimilikinya membolehkan Toprak mengendalikan tekanan dengan baik.

“Dia memenangi tiga gelaran dunia selepas melalui cabaran sukar dan itu membuktikan dia memahami realiti MotoGP serta sasaran kami untuk 2026 adalah membina asas menuju 2027,” katanya.

Sebelum ini, peluang Razgatlioglu ke MotoGP dilihat semakin pudar susulan ujian bersama Yamaha yang kurang memberi kesan, selain ketiadaan pasukan satelit yang menjadi penghalang utama ketika itu.

Namun, perubahan landskap MotoGP termasuk peralihan kepada tayar Pirelli pada 2027, yang seiring dengan pengalaman luas Razgatlioglu dalam World Superbike, membuka semula laluan buat pelumba Turki itu.

Pavesio percaya Razgatlioglu berada dalam kelompok pelumba terbaik dunia dan perpindahan ini adalah keputusan tepat buat kedua-dua pihak selepas penantian panjang.

“Bagi saya, ini sesuatu yang memang sepatutnya berlaku dan saya gembira dapat merealisasikannya bersama Yamaha kerana ada satu kitaran yang perlu ditutup,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×