Polis gempur kondominium jadi mini kasino

Polis gempur kondominium jadi mini kasino

SERBUAN dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu menahan seramai 18 individu terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita masing-masing warga Vietnam dan warga Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah unit kondominium di kawasan Sentul yang dijadikan mini kasino digempur pihak berkuasa semalam.

Menerusi serbuan pukul 10 malam itu dijalankan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bersama D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, seramai 18 individu ditahan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita masing-masing warga Vietnam dan warga Thailand.  

Menurut JSJ KL, operasi mini Kasino itu sudah mula aktif bermula penghujung November tahun lalu, namun tidak didalangi oleh mana-mana sindiket. 

“Premis beroperasi di perumahan kondominium yang disewa dan sasaran pemain adalah kenalan rapat sahaja atau jemputan tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, pelbagai peralatan terdiri sebuah meja poker, lapan kerusi, 52 keping daun terup termasuk 625 cip pelbagai warna yang bernilai RM19,325 dirampas.

“Kesemua yang ditahan direman selama dua hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×