Tipu pelaburan RM300 juta, SPRM reman Tan Sri

Tipu pelaburan RM300 juta, SPRM reman Tan Sri

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang individu bergelar Tan Sri ditahan reman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan mencecah sehingga RM300 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 60-an itu bermula hari ini.

Katanya, lelaki itu ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu adalah pemilik syarikat swasta di ibu negara dan menjalankan kegiatan pelaburan kewangan sejak dua tahun lalu. 

“Mangsa yang terlibat dalam kes itu terdiri daripada individu dari seluruh negara. Lelaki itu menjalankan pelbagai pelaburan kewangan dengan menjanjikan pulangan lumayan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sini hari ini.

Azam berkata, siasatan lanjut mendapati, lelaki itu menyalahgunakan wang pelaburan yang diambil daripada pelabur.

“Kes ini tak silap saya sudah berlaku dua tahun lepas. Jadi saya percaya kes ni melibatkan juga kesalahan undang-undang lain di bawah ‘Security Commission’ dan sebagainya.

“Kes sebegini kita namakan sebagai isu-isu jenayah ekonomi. Sekarang saya banyak menyebut tentang jenayah kewangan,” ujarnya.

Menurut beliau, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut turut ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

“SPRM sedang menyiasat penglibatan wanita itu dalam kes melibatkan pelaburan kewangan yang dipercayai dijalankan oleh lelaki berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×