Peniaga ayam tidak mengaku rogol remaja 13 tahun

Peniaga ayam tidak mengaku rogol remaja 13 tahun

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga ayam proses mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Bachok, dekat sini kira-kira dua minggu lalu.

Muhammad Hakim Firdaus Robi, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, pemuda berkenaan didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lima bulan ketika kejadian di Kampung Teratai, Beris Panchor dekat Bachok kira-kira pukul 3 pagi pada 3 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa atau saksi selain menetapkan 12 Februari ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×