Proses pendakwaan perlu elak syak wasangka, rasa tidak puas hati

Proses pendakwaan perlu elak syak wasangka, rasa tidak puas hati

PENTING bagi mengelakkan sebarang syak wasangka, kecurigaan dan ketidakpuasan berlaku terhadap pihak Jabatan Peguam Negara sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAKYAT Malaysia berhak diberikan penjelasan yang jelas dan tuntas daripada pihak Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara berhubung dengan sebarang keputusan yang diambil oleh mereka untuk meneruskan atau tidak meneruskan sesuatu proses pendakwaan terutamanya dalam keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Sukar untuk mana-mana pihak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara ini kerana keputusan yang dibuat oleh mereka adalah dianggap sebagai muktamad seperti yang termaktub dibawah Kanun Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.

Penjelasan terperinci adalah penting bagi mengelakkan sebarang syak wasangka, kecurigaan dan ketidakpuasan berlaku terhadap pihak Jabatan Peguam Negara sendiri serta terhadap sistem keadilan dan undang-undang dalam negara kita secara keseluruhannya.

Agak sukar untuk mana-mana pihak mempertikaikan keputusan pihak Jabatan Peguam Negara.

Seperti yang diketahui, pihak Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam Negara sendiri berhak menjalankan sesuatu prosiding atau menghentikannya mengikut peruntukan kuasa yang telah diberikan kepada mereka seperti yang termaktub dibawah Kanun Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, perlu ditegaskan sebagai seorang penjawat awam, Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu menjalankan tugasnya dengan penuh integriti dan profesional dengan memberi pertimbangan kepada keselamatan negara, kepentingan dan keselamatan awam serta perhatian media.

Oleh yang demikian, adalah penting proses penerangan diberikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara supaya orang ramai dapat penjelasan yang lebih tepat terdapat sesuatu kes terutamanya kes-kes yang berprofil tinggi dan yang mendapat perhatian umum dalam negara kita.

Bagi memantapkan lagi proses keadilan dan undang-undang dalam negara kita, adalah disarankan proses penerangan terperinci ini dijadikan sebagai salah satu polisi dan amalan baharu untuk pihak Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara pada masa akan datang. – UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×