Fosil di Maghribi perkukuh asal-usul manusia

Fosil di Maghribi perkukuh asal-usul manusia

FOSIL berusia 773,000 tahun dikenali sebagai ThI-GH-10717 ditemui di Thomas Quarry, Maghribi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penemuan fosil di Maghribi yang berusia lebih 773,000 tahun mengukuhkan teori manusia atau Homo sapiens muncul buat pertama kali di Afrika, menurut kajian saintifik yang diterbitkan pada Rabu.

Fosil Homo sapiens tertua yang berusia lebih 300,000 tahun, sebelum ini ditemui di Jebel Irhoud, barat laut Marrakesh.

Sebelum ini, fosil hominin utama dari tempoh tersebut kebanyakannya ditemui di Atapuerca, Sepanyol.

Fosil itu tergolong dalam spesies yang dinamakan Homo antecessor, bertarikh kira-kira 800,000 tahun lalu dan mempunyai ciri-ciri campuran antara Homo erectus yang lebih tua serta ciri yang menyerupai Homo sapiens.

Penemuan tersebut mencetuskan perdebatan hangat mengenai kemungkinan spesies manusia moden muncul di luar Afrika sebelum kembali ke benua itu.

“Terdapat jurang dalam rekod fosil Afrika. Fosil Casablanca ditemui dalam lapisan yang sepadan dengan tempoh pembalikan medan magnet tersebut, sekali gus membolehkan saintis menetapkan tarikh yang sangat, sangat tepat.

“Penemuan ini menamatkan ketiadaan nenek moyang yang munasabah bagi Homo sapiens di Afrika,” kata Ahli Paleoantropologi Perancis dan Ketua Pengarang kajian itu, Jean-Jacques Hublin kepada AFP.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature kini mengisi jurang tersebut dengan menetapkan tarikh yang tepat bagi fosil yang ditemui pada 1969 di dalam sebuah gua di bandar Casablanca, Maghribi.

Sepanjang lebih tiga dekad, pasukan penyelidik Perancis-Maghribi menemui tulang belakang hominin, gigi serta serpihan rahang yang lama membingungkan para saintis. Satu penemuan rahang bawah yang langsing pada 2008 turut menimbulkan tanda tanya namun, pelbagai usaha untuk menentukan usia fosil tersebut sebelum ini gagal.

Penyelidik di Muzium Sains Semula Jadi Kebangsaan Sepanyol, Antonio Rosas berkata, kajian itu menambah bukti kepada idea yang semakin diterima bahawa asal-usul spesies manusia moden serta nenek moyang terakhir yang dikongsi oleh Homo sapiens, Neanderthal dan Denisovan terletak di Afrika.

“Kajian ini juga mencadangkan perpecahan evolusi garis keturunan Homo sapiens mungkin bermula lebih awal daripada yang lazimnya diandaikan,” kata Rosas, yang tidak terlibat dalam kajian itu dalam ulasannya di Nature.

Asia Barat dianggap sebagai laluan utama penghijrahan hominin keluar dari Afrika. Namun, paras laut yang lebih rendah pada tempoh tertentu mungkin membolehkan penyeberangan antara Tunisia dan Sicily atau merentasi Selat Gibraltar.

Oleh itu, fosil Casablanca merupakan satu lagi bukti yang menyokong hipotesis kemungkinan pertukaran populasi antara Afrika Utara dan barat daya Eropah barat daya,” kata Hublin.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×