Penerbangan MH21 Malaysia Airlines isytihar kecemasan di Perancis

Penerbangan MH21 Malaysia Airlines isytihar kecemasan di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebuah pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH21 mengisytiharkan kecemasan ketika berada di ruang udara Perancis selepas berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris.

Menurut maklumat penerbangan, MH21 yang menggunakan pesawat Airbus A350 berlepas dari CDG pada pukul 11.55 pagi (waktu tempatan), kira-kira 45 minit lewat daripada jadual asal akibat salji tebal di lapangan terbang berkenaan.

Pesawat tersebut berlepas dari landasan 27L, namun menghentikan pendakian pada ketinggian 4,572 meter sejurus berlepas.

Juruterbang kemudiannya mengisytiharkan kecemasan dengan mengaktifkan kod transponder 7700 ketika berada di kawasan tengah Perancis, dipercayai berpunca daripada masalah pada sistem panduan pesawat.

Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, flightaware.com, pesawat berkenaan berpatah balik dan mendarat di CDG pada pukul 3.36 petang (waktu tempatan). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×