Salji dan ais ganggu perjalanan di UK, Perancis dan Belanda

Salji dan ais ganggu perjalanan di UK, Perancis dan Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Cuaca musim sejuk paling ekstrem setakat ini melanda perjalanan di Britain, Perancis dan Belanda, menyebabkan penutupan jalan raya, penerbangan digantung serta pembatalan perkhidmatan kereta api, termasuk Eurostar hanya beberapa hari selepas gangguan besar akibat bekalan elektrik terputus.

Eurostar, yang menghubungkan United Kingdom (UK) dengan tanah besar Eropah menasihatkan penumpang yang melakukan perjalanan antara London dan Belanda supaya menangguhkan perjalanan mereka kerana perkhidmatan tidak dapat beroperasi melepasi Brussels berikutan cuaca buruk di Belanda.

Perkhidmatan kereta api melalui Terowong Channel baru sahaja disambung semula pada malam Tahun Baharu selepas kegagalan bekalan elektrik menyebabkan ribuan penumpang terkandas, malah ada yang terperangkap semalaman dalam tren tanpa bekalan kuasa.

“Disebabkan jangkaan keadaan cuaca buruk, trafik digantung di Belanda hari ini,” kata Eurostar dalam kemas kini perkhidmatan secara langsung, sambil menggesa penumpang yang terjejas supaya tidak hadir ke stesen.

Sebanyak enam perkhidmatan tren antara London St Pancras International dan Paris Gare du Nord dibatalkan, manakala kebanyakan perkhidmatan lain mengalami kelewatan, menurut jadual perjalanan.

Sementara itu, pihak berkuasa kereta api Britain mengerahkan jentera pembersih salji di Scotland bagi membersihkan landasan yang dilanda salji tebal yang mencecah sehingga 52 sentimeter pada pagi Isnin di Tomintoul, berhampiran Inverness di timur laut Scotland.

Syarikat kereta api Belanda, NS, memaklumkan perkhidmatan terganggu teruk semalam, khususnya di sekitar wilayah Amsterdam dan jumlah tren akan dikurangkan di beberapa bahagian negara itu.

Pejabat Meteorologi UK (Met Office) mengeluarkan amaran cuaca baharu berhubung salji dan ais di Scotland, Ireland Utara serta sebahagian utara England dan memaklumkan amaran kesihatan cuaca sejuk untuk semua wilayah England akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Januari.

Suhu dilaporkan menjunam ke paras minimum -10.9 darjah Celsius di kawasan tanah tinggi Shap di Cumbria, barat laut England, pada malam Ahad.

“Sepanjang malam hingga Selasa, suhu dijangka sekali lagi jatuh di bawah paras beku di kebanyakan kawasan negara, dengan suhu terendah di kawasan yang dilitupi salji berkemungkinan mencecah -12 darjah Celsius,” kata Met Office.

Sebanyak 212 sekolah ditutup di Ireland Utara pada Isnin, menurut pihak berkuasa, manakala puluhan sekolah lain turut ditutup di Scotland, Wales dan utara England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×