Kastam rampas alat mainan dewasa bernilai RM800,000

Kastam rampas alat mainan dewasa bernilai RM800,000

ALAT permainan dewasa yang dirampas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANA JAYA : Pelbagai jenis alat mainan dewasa (adult toys) bernilai RM800,000 untuk dijual dalam talian dirampas dalam serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sebuah gudang di Taman Perindustrian Putra Puchong, Selangor.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, rampasan itu hasil maklumat dan risikan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuala Lumpur pada 30 September tahun lalu.

“Pemeriksaan di gudang terbabit menemui 18,140 unit adult toys merangkumi lebih 30 jenis dan 20 jenama.

“JKDM telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merupakan pemilik gudang. Siasatan awal percaya alatan ini bagi jualan secara dalam talian yang dibawa masuk dari negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambahnya, alatan dirampas itu diklasifikasikan sebagai Barang Larangan Mutlak di bawah Jadual Pertama, Butiran Kelima Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Dalam kes berlainan, JKDM Kuala Lumpur turut menyita sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang yang membawa 373 unit moped bike dan skuter lipat berkuasa elektrik.

Kata beliau, pemeriksaan mendapati moped bike berkapasiti 49cc dan skuter elektrik itu melibatkan anggaran nilai RM154,626 serta cukai RM93,940.

“Siasatan awal mendapati kontena tersebut membawa masuk dagangan dalam bentuk komponen terlerai dari China sebelum dibuat pemasangan di Lembah Klang.

“Pengimportan barangan ini memerlukan kelulusan serta permit import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×