“Orang kata saya uzur, dalam Pas ada ahli politik dan teknokrat boleh pimpin PN”

“Orang kata saya uzur, dalam Pas ada ahli politik dan teknokrat boleh pimpin PN”

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memilih Pengerusi baharu dalam kalangan pemimpin Pas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan itu, berkuat kuasa semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas sudah membuat keputusan mengambil alih kepemimpinan PN dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang disertai gabungan berkenaan termasuk wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan calon yang bakal diketengahkan Pas dengan menyatakan parti itu mempunyai ramai pemimpin berkelayakan termasuk dalam kalangan ahli politik dan teknokrat.

“Pas akan ambil alih kepemimpinan PN. Kita akan bincang dalam mesyuarat PN yang masih ada anggotanya. Kita bincang secepat mungkin. Mungkin minggu depan.

“(Calon Pengerusi) daripada Pas insya-Allah,” katanya selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sedia mengambil alih jawatan berkenaan, Abdul Hadi berkata:

“Memang saya ini orang kata dalam keadaan keuzuran, tetapi kita akan bincang dalam parti. Ada orang dalam Pas banyak, dalam kalangan ahli politik dan teknokrat ada.”. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×