Transformasi guru pacu pendidikan masa hadapan

Transformasi guru pacu pendidikan masa hadapan

Seramai 20,000 orang guru baharu akan diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar itu di sekolah seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM  arus pembelajaran abad ke-21, profesion keguruan tidak lagi tertumpu penyampaian ilmu semata-mata. Guru kini berperanan sebagai pemikir, pembimbing dan pemudah cara yang mampu merangsang murid untuk berfikir secara logik, analitis dan kritikal. 

KDALAM  arus pembelajaran abad ke-21, profesion keguruan tidak lagi tertumpu penyampaian ilmu semata-mata. Guru kini berperanan sebagai pemikir, pembimbing dan pemudah cara yang mampu merangsang murid untuk berfikir secara logik, analitis dan kritikal. 

Keupayaan ini menjadi tunjang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), iaitu pendekatan pentaksiran holistik yang menilai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek murid. 

PBS turut mengukuhkan usaha penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menjadi keutamaan dalam pendidikan. 

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan KBAT dan PBS, Kementerian Pendidikan (KPM) berterusan memperkukuh keupayaan guru melalui kurikulum latihan perguruan serta program pembangunan profesionalisme berterusan. 

Dalam usaha mengukuhkan lagi keberkesanan pelaksanaan reformasi pendidikan, KPM turut menetapkan penggunaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan PBS-Offline sebagai keperluan wajib kepada guru kelas dan guru akademik. Di samping itu, sistem EMIS dan SPAT dilaksanakan oleh guru yang dilantik khusus. 

Walaupun keperluan ini dilihat menambah tanggungjawab guru, namun sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif besar di bawah Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PPPK). Kesemua inisiatif ini digerakkan untuk memastikan guru benar-benar bersedia menghadapi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang lebih mencabar dan dinamik.

Dalam era digital, guru perlu cekap menggunakan teknologi bukan sahaja untuk tujuan penyampaian tetapi juga bagi meningkatkan kefahaman murid melalui aplikasi interaktif, pembelajaran dalam talian dan penggunaan kecerdasan buatan (AI). Teknologi mampu membantu guru menjelaskan konsep sukar dengan lebih mudah, pantas dan menarik. 

Transformasi profesionalisme guru ini juga melibatkan kemampuan mereka mengaplikasi teknik PdP kreatif yang fleksibel dan berkesan bagi merangsang pemikiran, membina daya tahan mental serta menggalakkan pembelajaran kolaboratif. 

Dalam usaha memperkukuh budaya kolaboratif ini, Bahagian Pendidikan Guru turut mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) pada 2011. Platform ini penting bagi guru berkongsi pengalaman, menyelesaikan masalah PdP berdasarkan konteks sekolah masing-masing dan meningkatkan keberkesanan pengajaran secara berterusan.

Kemahiran komunikasi guru juga merupakan elemen kritikal dalam PdP. Komunikasi yang efektif  daripada intonasi suara hingga pergerakan dan mimik muka membantu proses pemindahan ilmu berlangsung dengan jelas dan berkesan. Kemahiran ini membina hubungan baik antara guru dan murid serta menggalakkan suasana pembelajaran kondusif.

Sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga memainkan peranan besar dalam kejayaan transformasi pendidikan yang memberi nilai tambah dari segi pandangan, tenaga, kepakaran  mahupun bantuan kewangan. Ini memberi manfaat besar kepada murid, khususnya dalam meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.-UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID

Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×