Mampukah gencatan senjata Thailand-Kemboja kali ini bertahan?

Mampukah gencatan senjata Thailand-Kemboja kali ini bertahan?

MENTERI Pertahanan Kemboja, Tea Seiha (kiri) dan rakan sejawatnya dari Thailand, Nattapon Narkphanit berjabat tangan serta bertukar dokumen persetujuan gencatan senjata di Chantaburi, Thailand. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja melaksanakan gencatan senjata serta-merta bagi menamatkan konflik bersenjata di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang berlarutan selama beberapa minggu dan mengorbankan puluhan nyawa.

Persetujuan itu dimeterai melalui satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh menteri pertahanan kedua-dua negara, dengan gencatan senjata berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah hari waktu tempatan pada 27 Disember 2025.

Menurut kenyataan tersebut, gencatan senjata itu melibatkan semua jenis senjata dan melarang sebarang serangan terhadap orang awam, infrastruktur awam serta sasaran ketenteraan di semua kawasan konflik.

Dalam tempoh tiga minggu pertempuran, sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala lebih satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran yang melibatkan artileri, kereta kebal, dron dan pesawat pejuang.

Kedua-dua pihak turut bersetuju membekukan pergerakan tentera serta membenarkan penduduk di kawasan sempadan pulang ke rumah ma­sing-masing secepat mungkin bagi memulihkan keadaan keselamatan.

Thailand dan Kemboja akan bekerjasama dalam usaha pembersihan periuk api serta meningkatkan kerjasama bagi membanteras jenayah siber yang turut menjadi kebimbangan serantau.

Gencatan senjata itu dicapai susulan rundingan selama tiga hari selepas mesyuarat tergempar menteri-menteri luar ASEAN, dengan Amerika Syarikat, China dan Malaysia turut memainkan peranan mendesak kedua-dua negara menghentikan pertempuran.

Konflik berkenaan berpunca daripada pertikaian wilayah sepanjang kira-kira 800 kilometer yang melibatkan tuntutan terhadap kuil-kuil purba, susulan penandaan sempadan era penjajahan Perancis pada tahun 1907 yang dianggap tidak jelas.

Dalam pusingan pertempuran terbaharu, pihak berkuasa Thailand melaporkan 25 anggota tenteranya serta seorang orang awam terbunuh, manakala Kemboja menyatakan 21 orang awam maut walaupun tidak melaporkan sebarang kematian dalam kalangan tenteranya.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menyifatkan persetujuan itu sebagai langkah penting ke arah pemulihan keamanan, sambil menyuarakan harapan agar perjanjian tersebut menjadi penamat muktamad kepada konflik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×