SHM Shipcare raih Program CSR Terbaik di Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025

SHM Shipcare raih Program CSR Terbaik di Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025

HUZEFA Zainuddin (tiga dari kiri) menerima Anugerah Program CSR Terbaik sempena Anugerah NGO Malaysia 2025 anjuran Yayasan Generasi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SHM Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) telah meraih Anugerah Program CSR Terbaik sempena Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025 anjuran Yayasan Generasi Malaysia.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf sumbangan cemerlang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi korporat dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti.

Pengarah Eksekutif SHM Shipcare, Datuk Huzefa Zainuddin berkata, pengiktirafan itu menjadi pemangkin semangat kepada SHM Shipcare untuk terus memperkukuh komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

“Kami percaya pertumbuhan perniagaan yang kukuh harus berjalan seiring dengan tanggungjawab sosial dan sumbangan bermakna kepada masyarakat.

“Syarikat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Generasi Malaysia selaku penganjur serta semua rakan strategik, kakitangan dan komuniti yang telah menyokong dan menjayakan program CSR syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah itu juga merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan SHM Shipcare dalam melaksanakan inisiatif CSR yang memberi impak positif dan mampan kepada komuniti.

Pelaksanaan program CSR SHM Shipcare meliputi aspek kebajikan sosial, pendidikan, kelestarian alam sekitar serta kerjasama strategik bersama NGO dan pihak berkepentingan.

Majlis anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam, sekali gus menyerlahkan kepentingan peranan NGO dan sektor korporat dalam menyokong agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Majlis itu turut menghimpunkan pemimpin NGO, wakil industri, tokoh masyarakat serta organisasi dari seluruh negara yang berkongsi aspirasi sama dalam memperkasa komuniti dan memupuk nilai keprihatinan sosial. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×