Putin aku kini ‘dilamun cinta’ bersama wanita misteri

Putin akui kini ‘dilamun cinta’ bersama wanita misteri

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengakui dirinya ‘dilamun cinta’ namun enggan mendedahkan identiti wanita yang dimaksudkan dalam sesi soal jawab akhir tahun bersama media, baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat selepas beliau diajukan soalan oleh wartawan media kerajaan yang bertanya sama ada Putin mempercayai cinta pandang pertama dan sama ada beliau sedang dilamun cinta.

Putin menjawab ringkas: “Ya,” tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut.

Putin yang terkenal dengan sikap tertutup mengenai kehidupan peribadinya tidak mendedahkan sebarang maklumat tambahan, sekali gus mencetuskan spekulasi memandangkan sejarah hubungan peribadinya yang rumit dan jarang dibincangkan secara terbuka.

Pemerhati politik Russia berpendapat kenyataan itu mungkin merujuk kepada hubungannya yang sekian lama dikaitkan dengan bekas gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, meskipun Kremlin tidak pernah mengesahkan perkara tersebut secara rasmi.

Putin sebelum ini pernah berkahwin dengan Lyudmila Shkrebneva, namun pasangan itu bercerai pada 2014 selepas lebih tiga dekad bersama dan dikurniakan dua anak perempuan.

Media penyiasatan Russia juga pernah melaporkan hubungan Putin dengan beberapa wanita lain, termasuk dakwaan beliau mempunyai anak hasil hubungan sulit, namun perkara tersebut tidak pernah diulas oleh presiden berkenaan.

Sebahagian penganalisis melihat pengakuan ringkas itu sebagai usaha Putin untuk menampilkan imej lebih berperikemanusiaan dan lembut kepada rakyat Russia, khususnya ketika negaranya terus berdepan tekanan geopolitik dan konflik berpanjangan.

Sehingga kini identiti individu yang digelar sebagai ‘wanita pertama’ dalam kehidupan Putin kekal menjadi tanda tanya, selari dengan reputasi beliau yang amat menjaga kerahsiaan hal ehwal peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×