UMNO terlalu asyik dengan DAP hingga lupakan MCA, MIC - Haim Hilman

UMNO terlalu asyik dengan DAP hingga lupakan MCA, MIC – Haim Hilman

HAIM HILMAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: MCA dan MIC tiada keperluan lagi untuk mempertahankan kelangsungan Barisan Nasional (BN) kerana UMNO didakwa lebih cenderung untuk membina jajaran baharu bersama PKR dan DAP.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr. Haim Hilman Abdullah mendakwa, langkah ditunjukkan UMNO dalam usaha itu semakin jelas berbanding menyusun kebangkitan bersama MCA dan MIC.

“UMNO dilihat sangat mementingkan diri dalam banyak hal berkaitan kelangsungan BN. UMNO hari ini begitu terpesona dengan DAP sehingga membiarkan sahabat puluhan tahunnya iaitu MCA dan MIC begitu sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inilah antara punca mengapa BN sukar untuk dipulihkan. Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN sendiri menghancurkan BN. UMNO benar-benar telah masuk perangkap Pakatan Harapan (PH) dan DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haim Hilman berkata, UMNO juga bersifat tamak apabila mengambil kesemua lapan jawatan menteri yang jelas menunjukkan betapa buruknya layanan kepada dua rakan komponen mereka

“Jika ingin mengenal kawan, kenal sewaktu kita susah. Benar dari segi matematiknya MCA dan MIC tidak menyumbang kerusi yang banyak kepada BN pada PRU15. Namun jika UMNO menghargai perjuangan dan persahabatan, pasti dua parti ini dilayan dengan lebih baik.

“Sebab itu MIC pilih untuk bersama PN, harap MCA menyusul segera sebelum PRU16. Jika masih dalam BN, secara asasnya mereka akan bertanding tiga kerusi sahaja iaitu Ayer Hitam, Tanjung Piai dan Tapah di samping mana-mana kerusi PH kalah atau dengan kata lain yang PH tidak mahu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua komponen BN itu mempunyai peluang lebih baik jika bersama Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mereka membina kembali imej dan reputasi serta kepercayaan rakyat.

Katanya, Pas dan Bersatu sudah jelas dengan kerusi masing-masing serta lawan mereka pada PRU16 dan jika bersama PN, MCA berpeluang bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP.

“Jika disusun dengan baik contohnya kerjasama strategik antara MCA dan Gerakan, satu kekuatan baru di blok masyarakat Cina akan dapat dibentuk oleh PN.

“Begitu juga dengan MIC boleh bekerjasama dengan Dewan Himpunan PendukUng Pas (DHPP) dan bertanding menentang PKR dan DAP di kawasan yang biasa ditandingi ketika bersama BN. Usaha ini akan memperkukuh sokongan masyarakat India kepada PN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN