Anak Allahyarham Bung Moktar calon BN di Kinabatangan

Anak Allahyarham Bung Moktar calon BN di Kinabatangan

BN Kinabatangan
AHMAD Zahid Hamidi ditemui pemberita selepas melancarkan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana dekat Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah pun memanggil Naim Kurniawan dan mengarahkannya untuk memulakan kempen di kawasannya.

Manakala calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, saya sudah pun meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin untuk mengumumkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya serahkan kepada beliau untuk selepas pengumuman itu memulakan kerja-kerja (kempen) PRK seperti mana diketahui penamaan calon pada 10 Januari dan hari mengundi pula pada 24 Januari,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jelasnya, pencalonan Naim Kurniawan bukan sekadar mempertahankan (kerusi BN), malah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga umum tidak meletakkan calonnya.

“Saya menghubungi Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) mengenai perkara itu dan begitu juga parti-parti lain mungkin tidak meletakkan calonnya kerana baru sahaja menghadapi pilihan raya negeri (PRN). Jalan yang terbaik adalah untuk berunding.

“Lagi pun Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mungkin kurang daripada dua tahun. Jadi saya fikir elok tenaga itu disimpan,” ujarnya.

Kata Ahmad Zahid lagi, meskipun begitu, beliau enggan mengambil mudah terhadap PRK tersebut dengan menjangkakan kemungkinan penyertaan calon-calon bebas nanti.

Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diisytihar kosong luar jangka selepas penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah sebelum ini, Bung Moktar meninggal dunia kira-kira seminggu selepas PRN Sabah Ke-17. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×