Hujan lebat luar biasa punca puluhan penerbangan dibatalkan di UAE - Utusan Malaysia

Hujan lebat luar biasa punca puluhan penerbangan dibatalkan di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pihak berkuasa lapangan terbang Emiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan dan melengahkan puluhan penerbangan, manakala jalan raya di beberapa bandar utama dinaiki air susulan hujan paling lebat dalam tempoh beberapa bulan yang melanda negara itu, hari ini.

Syarikat penerbangan Emirates membatalkan 13 penerbangan dari Dubai, selain berlaku kelewatan dan pembatalan penerbangan di Lapangan Terbang Sharjah berikutan hujan lebat sejak malam sebelumnya yang disertai kilat dan dentuman guruh.

Di Sharjah, jalan utama dilaporkan dinaiki air sepenuhnya pada awal pagi dengan penduduk terpaksa meredah banjir, malah ada yang menunggang basikal merentasi jalan yang ditenggelami air sehingga paras atas roda.

Keadaan itu mengimbau kembali kejadian hujan luar biasa pada April 2024 yang mencetuskan banjir besar dan memaksa pembatalan lebih 2,000 penerbangan di lapangan terbang antarabangsa utama Dubai.

Polis Dubai sebelum ini menasihatkan penduduk supaya kekal berada di rumah kecuali jika benar-benar perlu, manakala lori penyedut air dikerahkan bagi membersihkan jalan yang tersumbat dan mengalirkan air bertakung.

Pusat Meteorologi Kebangsaan memaklumkan hujan dijangka melanda beberapa kawasan dari Khamis hingga Jumaat, termasuk Dubai dan Abu Dhabi, dengan kejadian hujan lebat di rantau Teluk turut dilaporkan di Qatar, sementara kajian antarabangsa mendapati pemanasan global berkemungkinan memburukkan intensiti hujan di rantau itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×