Kemboja mula pindahkan penduduk di kawasan sempadan - Utusan Malaysia

Kemboja mula pindahkan penduduk di kawasan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ODDAR MEANCHEY: Penduduk Kemboja di wilayah Oddar Meanchey yang bersempadan dengan wilayah Surin dan Si Sa Ket, Thailand, mula dipindahkan ke pusat perlindungan pada hari ini susulan pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Menurut laporan Khmer Times, penduduk menaiki kenderaan sambil membawa barang keperluan asas dan diarahkan oleh pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan berisiko.

Proses pemindahan itu berlaku selepas jet pejuang F-16 Tentera Udara Thailand menyerang pos-pos tentera Kemboja sebagai tindak balas terhadap siri serangan pihak Kemboja sejak semalam.

Dalam serangan tersebut,  dua anggota tentera Thailand maut manakala beberapa lagi cedera akibat pertempuran yang berlaku di sepanjang sempadan.

Pihak berkuasa Thailand menegaskan tindakan udara tersebut adalah bagi melindungi keselamatan penduduk serta anggota tentera mereka daripada ancaman kemboja yang berterusan.

Kejadian ini sekali lagi menimbulkan ketegangan di sempadan, memaksa ribuan penduduk di kedua-dua negara melarikan diri dan menuntut penyelesaian diplomatik segera bagi meredakan konflik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×