Penyokong marah pemain import 'tiada jiwa' - Utusan Malaysia

Penyokong marah pemain import ‘tiada jiwa’

Skuad Harimau Malaya tidak kisah beraksi secara berpusat bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi ‘tiada jiwa’ yang ditunjukkan pemain naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula ketika Malaysia tumbang 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerima kecaman hebat bekas pemain kebangsaan dan penyokong.

Mereka menyifatkan projek ‘naturalisasi’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal dan membazir selepas seorang lagi pemain yang turut diberi kerakyatan untuk mewakili skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi hanya mempamerkan aksi ‘cukup-cukup makan’.

Kedua-duanya tiada keserasian dengan rakan sepasukan dan dilihat ‘malas’ di atas padang antara kritikan yang dilemparkan terhadap penyerang kelahiran Brazil, De Paula, 35.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, dua bekas bintang penyerang Harimau Malaya, Safee Sali dan Khalid Jamlus antara yang meluahkan kekecewaan, manakala peminat pula menyifatkan pemain tempatan serta berdarah kacukan lebih bersemangat sepanjang 90 minit permainan.

Biarpun baru empat hari tiba di Dubai selepas diterbangkan dari Denmark, pemain berdarah Belgium-Malaya, Dion Cools sebaliknya menerima pujian selepas menunjukkan kesungguhan menjaga benteng pertahanan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini