Vaniesha pelajar terbaik seni kraf logam IKN

Vaniesha pelajar terbaik seni kraf logam IKN

PENERIMA Anugerah Terbaik Keseluruhan Jurusan bagi Sijil Seni Kraf, Vaniesha Shankar ketika bergambar bersama trofi dan seni kraf logam beliau pada Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara ke-23 di Institut Kraf Negara, di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Minat mendalam terhadap pembuatan kraf logam yang tercetus hanya melalui tontonan YouTube akhirnya membawa S. Vaniesha menjejakkan kaki ke Institut Kraf Negara (IKN), sekali gus membuka laluan baharu dalam hidupnya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, keputusan memilih jurusan Seni Kraf Logam bukan sesuatu yang mudah kerana bidang tersebut lazimnya didominasi pelajar lelaki, selain menuntut ketahanan fizikal dan disiplin tinggi.

Namun, tekad dan kesungguhan Vaniesha membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi jurusan tersebut pada Istiadat Konvokesyen IKN.

“Cabaran terbesar ialah berdepan bahang api semasa menghasilkan pewter. Saya pernah cedera kecil, tetapi tidak sampai melecur. Semua garis panduan keselamatan dipatuhi.

“Saya sangat teruja apabila karya seni yang saya hasilkan dipamerkan sempena konvokesyen hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Vaniesha merupakan antara 110 graduan yang diraikan dalam Istiadat Konvokesyen IKN Kali Ke-23 yang berlangsung penuh meriah. Mereka terdiri daripada 54 penerima Diploma Seni Kraf, lapan penerima Sijil Seni Kraf, 39 graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan sembilan penerima Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

Istiadat itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Mengulas perancangannya, Vaniesha berkata beliau bercita-cita menjadi usahawan dalam bidang kraf logam kerana yakin hasil seni tempatan mempunyai pasaran tersendiri.

“Buat masa ini saya belum menerima tempahan kerana masih dalam pengajian diploma. Namun saya yakin bidang ini mampu menjana pendapatan.

“Saya juga ingin menggalakkan anak muda memilih IKN kerana peluang serta sokongan kerajaan sangat besar. Yang penting usaha dan kesungguhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×