Aduan rakyat di HEBAT diselesaikan segera

Aduan rakyat di HEBAT diselesaikan segera

AB. Rauf Yusoh bertemu dengan orang ramai pada Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka Siri 2, di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan berjanji untuk menyelesaikan lebih 500 aduan yang diterima daripada orang ramai menerusi Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka Siri 2, di Kompleks Seri Negeri, di sini semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tidak semua aduan boleh diselesaikan berdasarkan kepada permasalahan itu sendiri.

Menurutnya, dari sudut petabiran kerajaan bersama barisan EXCO dan agensi berkaitan akan cuba mengurangkan urusan birokrasi ini.

Beliau berkata, masalah yang disuarakan akan cuba diselesaikan secepat mungkin dan kerajaan negeri menerima maklum balas daripada rakyat untuk menambah baik kaedah menyatuni rakyat pada edisi akan datang.

“Siri kedua hari ini, setakat pukul 1.45 petang kita telah menerima sebanyak 500 aduan, peningkatan yang 120 peratus lebih banyak pada siri pertama iaitu 120 aduan.

“Semua aduan ini kita terima, kita hazamkan mengikut jabatan, portfolio Exco dan kita akan buat kajian, penilaian bagaimana masalah-masalah ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya kepada pemberita.

Ab. Rauf berkata, kesemua EXCO serta agensi terlibat di peringkat negeri dan Persekutuan menerima semua masalah yang dikemukakan oleh orang ramai dan penyelesaiannya akan dilaksanakan kemudian.

Menurutnya, antara banyak masalah yang dikemukakan berkaitan masalah masyarakat, jalan raya, longkang tersumbat serta berbagai isu berkaitan.

Jelasnya, ada yang memerlukan bantuan kerusi roda, katil, lampin pakai buang pampas, itu Exco Kebajikan akan menguruskan.

“Hari ini kita terima semua masalah dan penyelesaiannya kita akan kemukakan kemudian antaranya berkaitan masalah masyarakat, urusan-urusan jalan raya, longkang tersumbat dan masalah-masalah yang lain-lain mengikut portfolio Exco masing-masing,” ujarnya.

Katanya, Exco yang terlibat akan mendengar dan mengambil maklum (tentang apa juga masalah-masalah yang diadukan oleh rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×