eHati: Pasangan suami isteri lari ke luar negara

eHati: Pasangan suami isteri lari ke luar negara

eHati
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mendedahkan pasangan suami isteri termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati berada di luar negara pada 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pasangan terbabit dikesan meninggalkan negara ini sehari sebelum mereka sepatutnya hadir bagi berdepan pertuduhan di mahkamah.

“Mereka meninggalkan negara melalui laluan yang sah sehari sebelum mereka sepatutnya dituduh pada 14 Oktober.

”Tidak ada tangkapan dibuat, namun kita sudah kenal pasti ke negara mana mereka pergi (Asia Tenggara) dan pihak siasatan akan berhubung dengan rakan strategik di negara berkenaan untuk mengesan mereka,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar, hari ini.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua individu terbabit dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret pada 14 Oktober lalu.

Bulan lalu, pasangan suami isteri yang juga doktor kesihatan dan kecantikan dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor berkaitan penganjuran program motivasi rumah tangga, eHati tahun lalu.

Tertuduh, Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Sebelum ini, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.

Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen’s Night dalam penganjuran itu melibatkan empat individu yang merupakan fasilitator bagi program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×