Kadar penyakit darah tinggi libat kanak-kanak, remaja meningkat - Utusan Malaysia

Kadar penyakit darah tinggi libat kanak-kanak, remaja meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kadar kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia yang hidup dengan tekanan darah tinggi kini semakin bertambah berbanding dua dekad lalu, berpunca daripada gabungan gaya hidup tidak sihat, kurang aktiviti fizikal dan peningkatan obesiti, menurut satu kajian terbesar seumpamanya.

Kajian berkenaan melaporkan sebanyak 114 juta kanak-kanak dan remaja kini mengalami hipertensi sebelum dewasa, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang serta pelbagai komplikasi kesihatan serius lain.

Menurut dapatan yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Child and Adolescent Health, prevalens tekanan darah tinggi dalam kalangan individu bawah 19 tahun meningkat kepada 6.2 peratus, berbanding 3.2 peratus pada 20 tahun lalu.

Kajian itu merupakan meta-analisis melibatkan 96 kajian dengan lebih 400,000 peserta dari 21 negara.

Penyelidik menyatakan obesiti merupakan faktor pendorong utama kenaikan mendadak ini, dengan hampir 19 peratus kanak-kanak obes mengalami hipertensi, jauh lebih tinggi berbanding kurang 3% dalam kalangan yang mempunyai berat badan sihat.

“Peningkatan hampir dua kali ganda kes hipertensi kanak-kanak dalam tempoh 20 tahun ini seharusnya membunyikan loceng amaran kepada penyedia perkhidmatan kesihatan dan ibu bapa,” tegas Pengarang Kajian, Prof Igor Rudan dari Usher Institute, Universiti Edinburgh.

Kajian sama turut mendapati 8.2 peratus kanak-kanak dan remaja berada pada tahap prahipertensi, iaitu bacaan tekanan darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi belum mencapai paras hipertensi sepenuhnya.

Prahitpertensi ini lebih ketara dalam kalangan remaja, dengan kadar mencecah 11.8 peratus, berbanding sekitar tujuh peratus dalam kalangan kanak-kanak lebih muda.

Pakar kesihatan menjelaskan tekanan darah meningkat secara mendadak ketika awal usia remaja, memuncak sekitar umur 14 tahun, terutamanya dalam kalangan lelaki menekankan kepentingan saringan berkala pada usia tersebut.

Pada tahun 2000, hanya sekitar 3.2 peratus kanak-kanak mengalami hipertensi namun menjelang 2020, angka itu melonjak lebih 6.2 peratus, melibatkan lebih 114 juta orang muda di seluruh dunia. — AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×