781 kompaun hari pertama PKP penuh - Utusan Malaysia

781 kompaun hari pertama PKP penuh

AZRI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari pertama pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) merekodkan 781 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara terhadap individu melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP).

Daripada jumlah itu, sebanyak 755 kompaun dikeluarkan kepada individu manakala 26 lagi melibatkan syarikat.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Pemangku Pe­ngarah Jabatan Keselamatan Dalam Ne­geri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Da­tuk Azri Ahmad berkata, an­tara kesalahan yang masih di­lakukan individu yang di­kompaun iaitu gagal mendaftar masuk ke premis, tidak me­makai pelitup muka, gagal membuat imbasan suhu dan tiada penjarakan sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, sepanjang tempoh pemantauan itu juga, pihaknya mendapati terdapat syarikat-syarikat yang masih degil dengan menjalankan operasi dan perniagaan mereka lebih masa.

“Selain kesalahan itu, ada juga syarikat-syarikat yang diperiksa tidak menyediakan kemudahan seperti alat ukur suhu atau buku catatan pergerakan masuk dan keluar.

“Walaupun perkara ini dilihat remeh namun keingkaran masyarakat untuk mematuhi SOP hanya akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya dan risiko jangkitan wabak Covid-19,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, tindakan tegas akan diambil PDRM dalam memastikan rakyat patuh kepada SOP.

Malah, pemeriksaan lebih terperinci akan dilaksanakan di seluruh sekatan jalan raya (SJR) bagi menghadkan pergerakan orang ramai tanpa alasan munasabah.

Semakan dokumen sokongan termasuk surat daripada ketua jabatan yang mengarahkan mana-mana individu yang perlu hadir bertugas di pejabat turut akan disemak anggota di SJR selain mana-mana individu perlu mendapatkan surat kebenaran terkini daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi bekerja serta beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini