Pindah kes ‘Man Hidung’ ke Mahkamah Tinggi 

Pindah kes ‘Man Hidung’ ke Mahkamah Tinggi 

ABDUL Rahman Mohamad Hussain atau dikenali ‘Man Hidung’ ketika di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kes seorang pempengaruh media sosial dan peniaga kosmetik dikenali sebagai ‘Man Hidung’ yang berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram (kg), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas pihak pendakwaan memohon perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh, Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique.

Abdul Rahman didakwa mengedar dadah berbahaya itu di sebuah premis perniagaan di tingkat niaga Paya Keladi, di sini pada pukul 8.40 malam, 28 April lalu. 

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu di mahkamah berasingan, tertuduh juga berdepan prosiding Akta Perlucuthakan Harta 1988 (Akta 340) melibatkan aset bernilai hampir RM1 juta.

Antara aset disenaraikan termasuk sebuah Toyota Alphard bernilai RM450,000, Mini Cooper Countryman (RM120,000) dan Range Rover (RM350,000). Turut disita ialah wang tunai berjumlah RM7,700 serta beberapa barangan kemas bernilai lebih RM54,000.

Aset berkenaan dirampas hasil operasi polis di beberapa lokasi sekitar Kuala Terengganu pada 28 dan 29 April lepas yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×