MBAS terima 20,000 bantahan cukai taksiran

MBAS terima 20,000 bantahan cukai taksiran

ORANG ramai membuat bantahan secara berkumpulan yang digerakkan pelbagai pihak termasuk Dewan Perhimpunan Cina Kedah di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Majlis Ban­daraya Alor Setar (MBAS) menerima lebih 20,000 bantahan atau maklum balas daripada pemilik pegangan berkenaan penilaian semula cukai taksiran di kawasan itu.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, jumlah itu direkodkan MBAS setakat pukul 10 pagi kelmarin, sebelum tempoh membantah yang juga berakhir kelmarin.

Katanya, jumlah rasmi pemilik pegangan yang membuat bantahan sedang disemak pihaknya sebelum sesi pendengaran awam dilaksanakan selepas ini.

“Terima kasih kepada semua pemilik pegangan dalam bandar raya Alor Setar yang mengambil bahagian dalam proses penilaian semula cukai taksiran ini.

“Kami akan memberikan maklumat lanjut mengikut ka­tegori dan data berkaitan bantahan ini sebelum proses pendengaran awam akan dilaksanakan mengikut setiap kes yang diperolehi,” katanya di sini semalam.

Tambah Abdul Gafar, segala maklum balas akan dibawa se­mula kepada pihak berkuasa negeri (PBN) atau kerajaan ne­geri mengikut saluran rasmi tidak lama lagi.

“MBAS sentiasa mengikuti perkemba­ngan ini setiap hari dan mengalu-alukan panda­ngan yang diberikan oleh pemilik pegangan,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, Utusan Malaysia mela­porkan kegelisahan sebahagian daripada 95,710 pemilik pegangan yang terlibat dalam penilaian semula cukai taksiran oleh MBAS.

Mereka mendakwa, berlaku kenaikan mendadak kepada cukai taksiran setiap hartanah yang dimiliki setelah kali terakhir dinilai pada 1993 dengan menggunakan kaedah pengiraan nilai sewa tahunan.

Namun MBAS kali ini menggunakan kaedah berasaskan nilai tambah atau nilai pasaran sesuatu hartanah berbanding nilai sewa tahunan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×