‘Berapa kali nak suruh turun, sudah-sudahlah’

‘Berapa kali nak suruh turun, sudah-sudahlah’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak gesaan untuk meletakkan jawatan berhubung keputusan Perjanjian Perda­gangan Timbal Balas (ART) de­ngan Amerika Syarikat (AS).

Katanya, tuntutan berulang itu sudah terlalu kerap dide­ngar sehingga membuatkan beliau berasa ‘penat’.

“Ini bukan soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru. Nak suruh turun sekali lagi pula? Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah,” katanya di sidang Dewan Rak­yat, semalam.

Walaupun Anwar tidak menyebut individu itu secara khusus, kenyataan itu dibuat sehari selepas bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menuntut beliau dan Kabinet meletakkan jawatan.

Semalam, Dr. Mahathir men­dakwa perjanjian dagangan bersama AS itu menjadi punca kepada kehilangan akses terhadap pasaran lain.

Dakwaan turut diteruskan dengan mengatakan perjanjian perdagangan berkenaan tidak menepati Perlembagaan kerana dikatakan bercanggah dengan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menegaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang berunding dengan AS mengenai perjanjian perdaga­ngan itu, malah menolak tanggapan bahawa negara ini menjadi ‘boneka’.

“Mengapa ada rundingan? Sebagai negara dagang kita kena ada rundingan. Negara China dan Eropah sendiri pun ada rundingan. Apakah ia menyebabkan kita serah semua? Tidak betul. Baca dan teliti.

“Apakah ia memenuhi 100 peratus kehendak kita? Tidak, sebab itu kita ada give and take,” katanya.

Jabatan Peguam Negara juga telah memberikan jaminan kedaulatan dan kepentingan nasional Malaysia kekal dilin­dungi sepenuhnya di bawah perjanjian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×