Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di sebuah kolej Bandar Sunway

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di sebuah kolej Bandar Sunway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan mengenai penemuan mayat lelaki tanpa identiti di tepi sungai berhampiran sebuah kolej di Bandar Sunway, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.04 malam itu, mayat ditemukan dalam keadaan hanya memakai seluar panjang sebelum dimaklumkan kepada anggota bertugas di kaunter aduan Balai Polis Bandar Sunway.

etua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia sejak beberapa lama berdasarkan keadaan fizikalnya, namun tidak dimaklumkan tempoh khusus.

Identiti serta bangsa mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian.

Pemeriksaan fizikal juga tidak dapat dijalankan di tempat kejadian berikutan keadaan mayat yang tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

atanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dengan kes sehingga kini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×