Pelancongan Taman Negara suram - Utusan Malaysia

Pelancongan Taman Negara suram

TAMAN Negara Kuala Tahan di Jerantut, Pahang lengang tanpa pengunjung sejak penularan Covid-19 dan penguatkuasaan PKP tahun lalu. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pemain industri pe­lancongan Taman Negara Kuala Tahan, di sini terus berteka-teki berhubung masa depan perniagaan mereka sekiranya negara masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19.

Pada masa ini, nasib 16 orang pengusaha restoran terapung dan kedai makan, pengusaha bot penambang (80 buah), pemandu alam sekitar (115 orang) dan kira-kira 40 pengusaha pusat inap di Kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat serta Kampung Bantal (Hulu Tembeling) termasuk ratusan pekerja yang terlibat dalam industri pelancongan dan hospitaliti terjejas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, perangkaan kehadiran pelancong oleh Tourism Malaysia (Pahang) menunjukkan penurunan sejak penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, statistik itu turut merekodkan kehadiran pelancong antarabangsa, ASEAN dan domestik di bandar Jerantut berjumlah 141,951 orang pada tahun 2019 berbanding cuma 71,813 orang pada 2020 menyaksikan penurunan sebanyak 49 peratus.

“Bagi Taman Negara Kuala Tahan dan Sungai Relau (Lipis), kehadiran pelancong antarabangsa, ASEAN dan domestik, iaitu seramai 77,679 orang pada 2019, manakala jumlah keha­diran pelancong di Kuala Tahan (tidak termasuk Sungai Relau) seramai 37,541 pada tahun 2020 berkurangan sebanyak 48 peratus,” katanya di sini.

Jelas Abdul Jalil, statistik juga menyebut pelancong antarabangsa, ASEAN dan domestik yang berbelanja di bandar Jerantut pula sebanyak RM127,542,974 bagi tahun 2019 berban­ding RM64,523,981 tahun lalu, ber­ku­rangan sehingga 49 peratus.

“Anggaran perbelanjaan pe­lancong ketiga kategori tersebut di Taman Negara Kuala Tahan dan Sungai Relau, berjumlah RM69,794,582 pada tahun 2019, berbanding RM36,462,927 pada tahun 2020 menyaksikan cuma 48 peratus.” ujarnya

Berasaskan statistik berkenaan, kata Abdul Jalil, tidak ada pengunjung yang hadir di kedua lokasi tersebut pada April dan Mei tahun 2020 berikutan penularan Covid-19.

Beliau berkata, bagi tempoh dua tahun, berlaku penurunan mendadak kehadiran pengunjung di Taman Negara Kuala Tahan dan bandar Jerantut yang dikenali sebagai pusat transit.

Sementara itu, katanya, ber­­asaskan sumber daripada pe­ngusaha pusat inap dan penggiat eko pelancongan di Kuala Tahan, tiada seorang pun pelancong antarabangsa yang datang ke taman itu sehingga pertengahan tahun ini (2021), cuma pelawat domestik dan pekerja asing, itu pun sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini