Woods catat ranking terburuk dalam sejarah

Woods catat ranking terburuk dalam sejarah

Tiger Woods
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda golf dunia, Tiger Woods mencatat ranking terburuk dalam kariernya apabila terperosok ke tangga ke-2,048 dalam senarai terkini Ranking Golf Dunia (OWGR).

Kedudukan itu menandakan kejatuhan paling parah dalam sejarah gemilang bekas pemain No.1 dunia yang pernah mendominasi arena golf antarabangsa selama lebih dua dekad.

Woods jatuh di bawah paras 2,000 awal bulan ini, hanya beberapa hari sebelum menjalani pembedahan belakang buat kali ketujuh dalam kariernya.

Pemeriksaan perubatan mendapati beliau mengalami kecederaan cakera tulang belakang yang memerlukan pembedahan penggantian bagi membolehkan proses pemulihan dilakukan.

Sebelum itu, jaguh berusia 49 tahun itu sudahpun berehat panjang selepas menjalani pembedahan membaiki tendon Achilles kiri yang pecah Mac lalu.

Kecederaan berganda itu dijangka memaksanya berehat sekurang-kurangnya tiga bulan lagi dan mungkin lebih lama sebelum kembali cergas sepenuhnya.

Woods kini berkejaran dengan masa untuk pulih menjelang The Masters pada April depan, namun risiko untuk tersisih terus daripada ranking dunia semakin menghantui kariernya.

Sepanjang 2024, Woods hanya membuat lima penampilan kompetitif tanpa sebarang kejayaan melepasi cut, sekali gus menandakan detik paling malap dalam sejarah panjang legenda golf dunia itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×