PARLIMEN: JKM rekod 1,352 kes buang kanak-kanak 

PARLIMEN: JKM rekod 1,352 kes buang kanak-kanak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kes pembuangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan sehingga kini adalah seramai 1,352 orang, berdasarkan rekod statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya melalui JKM bertanggungjawab menyelamat dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang ditemukan. 

“Bagi siasatan kes seumpama ini, ia dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam menguruskan sebahagian kes kanak-kanak yang telah ditinggalkan atau dibuang, tiada sebarang dokumen ditemukan semasa kanak-kanak tersebut diselamatkan. Oleh yang demikian, tidak dapat ditentukan status kanak-kanak tersebut sama ada anak luar nikah atau sebaliknya.

“Dalam kes seperti ini, JKM bertindak menyelamat dan menempatkan kanak-kanak melalui satu perintah mahkamah untuk ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak atau di bawah penjagaan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS),” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat. 

Beliau menjawab soalan Mohd. Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) mengenai jumlah anak-anak luar nikah  yang dibuang di merata tempat dari tahun 2020 hingga terkini.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 17 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), peruntukan undang-undang itu digunakan bagi kes kanak-kanak tidak diberikan jagaan yang sempurna oleh penjaganya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN