Empat inisiatif dukung penghasilan karya kreatif

Empat inisiatif dukung penghasilan karya kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menggariskan empat inisiatif bagi mendukung penghasilan karya kreatif dalam memperkukuhkan ekosistem ekonomi jingga di negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu, sebanyak RM110 juta insentif diperkenalkan bagi menggalakkan penerbit filem tempatan dan antarabangsa untuk menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.

Katanya, inisiatif itu termasuk RM10 juta diberikan khusus kepada penerbitan kandungan kenegaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“RM10 juta insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kerajaan menyediakan RM20 juta untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, bagi menggalakkan usaha penggiat kreatif animasi tempatan, kerajaan juga bersetuju memberi kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan untuk memperoleh produk cenderahati dan kandungan digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini