Bot dinaiki 10 warga asing bertembung dengan bot PPM

Bot dinaiki 10 warga asing bertembung dengan bot PPM

ANGGOTA APM membawa naik beberapa warga asing yang cedera selepas bot dinaiki mereka bertembung dengan bot milik PPM di jeti Maritim Malaysia di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebuah bot dinaiki 10 warga asing dilaporkan bertembung dengan sebuah bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Gelang Patah di sini, awal pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru dalam kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 3.58 pagi.

“APM Daerah Johor Bahru menerima maklumat dari Mers 999 berhubung kes kemalangan di laut sebelum satu pasukan digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 4.07 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan itu melibatkan lima lelaki dewasa warga Indonesia, empat wanita dewasa warga Indonesia serta seorang lelaki dewasa warga Rohingya.

“Kesemua 10 warga asing ini selamat dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan ketika memaklumkan kejadian berkenaan melibatkan tangkapan berkaitan aktiviti penyeludupan migran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini