Prestasi Salah mula dipersoal

Prestasi Salah mula dipersoal

Mohamed Salah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prestasi Mohamed Salah kini dipersoalkan peminat Liverpool selepas mempamerkan aksi longlai pada permulaan musim ini.

Bintang Mesir itu membazirkan beberapa peluang terbaik ketika The Reds tumpas 1-2 kepada Chelsea selain gagal membantu barisan pertahanan.

Salah tidak berada dalam senarai penjaring dalam lima aksi Liverpool di Liga Perdana Inggeris (EPL), berbeza dengan musim sebelum ini.

The Reds ketika ini berdepan masalah prestasi apabila skuad kendalian Arne Slot tumpas dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Kekalahan di Stamford Bridge ialah yang ketiga dalam lapan hari menyebabkan Arsenal mengatasi mereka di carta teratas EPL ketika ini.

Salah hanya menjaringkan tiga gol dan tiga bantuan dalam sembilan penampilan membabitkan semua kejohanan musim ini.

Lebih membimbangkan daripada statistik prestasi ketika berdepan Chelsea menunjukkan Salah tidak beraksi bersungguh-sungguh.

Malah, gol kemenangan Chelsea jaringan Estevao Willian hadir menerusi sebelah kanan Salah dengan Marc Cucurella mara tanpa dihalang sebelum membantu gol pemain Brazil itu.

Cucurella mendedahkan pengurus Chelsea, Enzo Maresca memberitahu mereka untuk menggunakan ruang pertahanan yang ditinggalkan Salah.

“Kami tahu bahawa Salah sentiasa bersedia untuk serangan balas pantas, jadi kami berlatih perkara itu dan pengurus berkata, ruang mungkin ada di situ,” katanya.

Liverpool ketika ini berada di tangga kedua EPL dengan 15 mata, ketinggalan tu mata dengan pendahulu Arsenal selepas tujuh perlawanan.

Sementara itu, bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy berkata, Salah memberi masalah buat The Reds musim ini ketika berdepan pasukan lebih baik.

“Saya faham jika Slot memberitahu Salah untuk tidak turun kerana menunggu di atas padang di sebelah kanan telah menjadikannya salah seorang penjaring gol terbanyak di dunia.

“Tetapi pemain di belakangnya tidak melindunginya dengan betul dan itu telah menyebabkan banyak isu bagi sesiapa yang berada di bek kanan Liverpool musim ini.

“Sama ada Jeremie Frimpong, Conor Bradley atau Dominik Szoboszlai, mereka menghadapi masalah kerana mereka menghadapi bebanan dua lawan satu di sebelah mereka,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×