China tutup bekalan air ke kedutaan Britain di Beijing

China tutup bekalan air ke kedutaan Britain di Beijing

KEDUTAAN Britain di Beijing, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hubungan diplomatik antara China dan Britain semakin tegang apabila Beijing memutuskan bekalan air ke bangunan Kedutaan Britain sebagai tekanan terhadap kerajaan United Kingdom (UK) berhubung rancangan pembinaan kedutaan mega China di London.

Langkah itu dipercayai sebagai taktik terbaharu Presiden Xi Jinping bagi memaksa kerajaan UK meluluskan pembinaan kompleks kedutaan baharu China di kawasan Royal Mint Court, London.

Walaupun terdapat kebimbangan serius mengenai keselamatan nasional, kerajaan Britain dijangka tetap meluluskan projek berkenaan dalam masa terdekat bagi meredakan ketegangan dengan Beijing.

Sumber dari Whitehall mendakwa kakitangan di Kedutaan Britain di Beijing kini terpaksa berdepan keadaan bangunan usang dan bekalan air yang sering terputus selama berjam-jam, malah sebahagian pegawai menggunakan gelanggang skuasy sebagai pejabat sementara.

Sumber tersebut memaklumkan meskipun kontrak bernilai 100 juta pound (RM493.8 juta) diberikan oleh Pejabat Luar Negeri UK sejak tahun 2020, China masih enggan membenarkan kerja-kerja pembinaan bermula selagi projek kedutaan mereka di London belum diluluskan.

“Kadang-kadang bekalan air kami tiba-tiba ‘hilang’. Mereka menggunakan isu kedutaan kami untuk menekan kami meluluskan kedutaan mereka. Keadaan ini amat tidak wajar dari segi diplomatik,” ujar sumber itu.

Ahli Parlimen Konservatif Iain Duncan Smith mengecam tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai ‘taktik memalukan’ dan menuduh kerajaan UK terlalu tunduk kepada tekanan China.

“Ini taktik yang menjijikkan, namun kerajaan seolah-olah bersedia memberikan kelulusan untuk kedutaan mega China yang diketahui sebagai risiko keselamatan. Ia amat memalukan. Saya gelar ini sebagai Project Kowtow,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×