Peluang Trump raih Hadiah Nobel semakin tipis

Peluang Trump raih Hadiah Nobel semakin tipis

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Peluang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk meraih Hadiah Nobel semakin tipis selepas pentadbirannya semakin agresif mengancam sektor pendidikan.

Satu daripada badan penganugerahan memberi amaran dasar pentadbirannya mengancam kebebasan akademik dan masa depan dunia sains.

Ylva Engstrom, Naib Presiden Akademi Sains Diraja Sweden iaitu badan yang bertanggungjawab memilih pemenang Nobel dalam bidang fizik, kimia dan ekonomi menyifatkan langkah-langkah

Trump sebagai tidak bertanggungjawab dan berpotensi memberi kesan buruk dalam jangka pendek dan panjang.

Antara dasar yang dikritik termasuk cadangan memotong bajet Institut Kesihatan Nasional (NIH), menghapuskan Jabatan Pendidikan, mengehadkan kemasukan pelajar antarabangsa kepada 15 peratus serta hanya menyalurkan dana kepada program yang mengutamakan pendidikan patriotik.

Engstrom memberi amaran tindakan ini akan mengehadkan keupayaan saintis AS untuk menjalankan penyelidikan bebas, menerbitkan hasil kajian, dan mendapatkan pembiayaan.

Kritikan turut datang daripada Prof Simon Johnson, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2024 dari MIT, yang berkata dasar Trump akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

Dalam masa sama, Trump turut mencetuskan ketegangan dengan universiti-universiti utama di AS berikutan tindakannya mengugut menarik balik dana persekutuan susulan protes pro-Palestin dan dasar kepelbagaian kampus.

Hadiah Nobel yang bakal diumumkan minggu depan, bukan sekadar pengiktirafan berprestij tetapi juga simbol kebebasan intelektual dan pencapaian ilmu demi kemanusiaan.

Namun, suasana politik AS yang semakin menekan komuniti akademik bercanggah dengan semangat tersebut.

“Jika penyelidik dikekang dan universiti dikawal, bukan sahaja inovasi akan lumpuh tetapi nilai Nobel itu sendiri turut terjejas,” kata Engstrom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×