TFC benam Kelantan The Real Warriors dalam derbi Pantai Timur

TFC benam Kelantan The Real Warriors dalam derbi Pantai Timur

Penjaga gol Kelantan The Red Warrior menghalang bola percubaan pemain Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka selepas menumbangkan Kelantan The Real Warriors (TRW FC) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini.

Derbi Pantai Timur itu menyaksikan TFC  menguasai perlawanan sejak awal permainan namun beberapa serangan merea dipatahkan barisan pertahanan TRW yang kental mengekang asakan tuan rumah.

Skuad Penyu hampir membuka jaringan pertama menerusi pemain import, Careca seawal minit kesembilan perminan namun gol itu dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan pemain berkenaan berada dalam kedudukan ofsaid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, skuad bimbingan Badrul Afzan Razali akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-22 menerusi pertahanan import, Diego Landis yang melepaskan rembatan deras dalam kotak penalti selepas sepakan percuma Nurillo Tukhtasinov gagal ditepis kemas penjaga gol pelawat, Azfar Arif Mohd. Sukri.

Gol itu menyuntik keyakinan buat Sang Penyu apabila tujuh minit kemudian giliran Tukhtasinov sendiri mencatat nama sebagai penjaring kedua apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol. Kemudian, giliran Yann Mabella pula menambah derita TRW selepas bijak menyambar hantaran lintang Azam Azmi Murad untuk kedudukan selesa 3-0 lima minit sebelum tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, TRW cuba bangkit dengan melakukan beberapa pertukaran termasuk memasukkan T. Saravanan dan penjaga gol import mereka, Damyanov Damyan. Usaha itu akhirnya berhasil pada minit ke-51 apabila Saravanan meledak rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Suhaimi Husin untuk merapatkan jurang 3-1.

Gol tersebut seakan membangkitkan semangat skuad pelawat yang terus melancarkan beberapa serangan berbahaya, tetapi percubaan mereka dapat dipatahkan barisan pertahanan TFC. Tuan rumah menambah jaringan keempat pada minit ke-72 apabila Yann Mabella melepaskan rembatan kencang selepas menerima hantaran lintang kemas daripada Azam Azmi.

Kemenangan itu membolehkan TFC terus kekal dalam kelompok tiga teratas Liga Super serta mengekalkan rekod cemerlang di laman sendiri, manakala TRW yang menghuni tangga keenam liga pula terpaksa akur dengan kekalahan ketiga musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini