Haiwan peliharaan tidak serasi, pengantin baharu fail cerai

Haiwan peliharaan tidak serasi, pengantin baharu fail cerai

SEPASANG pengantin baharu memfailkan cerai di India susulan haiwan peliharaan mereka saling ‘bergaduh’. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHOPAL: Sebuah mahkamah keluarga di Bhopal, India menerima kes luar biasa apabila sepasang pengantin baharu memfailkan perceraian hanya kerana haiwan peliharaan mereka, seekor anjing dan seekor kucing tidak mampu hidup bersama.

Pasangan yang enggan dikenali itu pada mulanya berkenalan kerana minat sama terhadap haiwan, sebelum akhirnya berkahwin pada Disember 2024.

Namun, selepas tinggal serumah, konflik mula tercetus apa­bila si isteri mendakwa anjing mi­lik suaminya kerap menggang­gu dan menyerang kucingnya.

Suami pula mempertahankan anjingnya dengan mendakwa beliau sudah menegaskan sejak awal perkahwinan bahawa isterinya tidak boleh membawa haiwan peliharaannya ke rumah bersama.

Katanya, kucing isterinya turut menimbulkan masalah kerana sering ‘mengintai’ akuarium ikan mereka.

Kedua-dua pihak enggan berkompromi dengan si isteri enggan melepaskan kucingnya, manakala si suami tetap menyebelahi anjingnya.

Walaupun telah dirujuk beberapa kali kepada sesi kaunseling dan keluarga turut berusaha mendamaikan, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk bercerai dengan alasan konflik yang tidak mampu diselesaikan.

“Bagi sesetengah individu, haiwan peliharaan bukan sekadar teman, malah dianggap lebih penting daripada hubungan sesama manusia,” kata kaunselor keluarga, Shail Awasthi.

“Apabila kedua-dua pasangan enggan bertolak ansur, rumah tangga boleh runtuh. Ini mencerminkan trend di mana sesetengah orang menganggap haiwan boleh menggantikan ikatan manusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×