PETALING JAYA: Seramai 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan tentera Israel setakat ini, menurut Sumud Nusantara.
Dua rakyat negara ini iaitu Farah Lee dan Danish Nazram merupakan individu terbaharu sudah ditahan Israel.
Lapan delegasi Malaysia lain telah ditahan Israel adalah Pelakon Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, manakala Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.
Selain itu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil daripada kapal Alma.
Semua kapal itu sebelum ini dipintas dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa dalam usaha GSF untuk memasuki Gaza melalui laluan sah.
Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza dan mereka dijadual tiba petang ini.-UTUSAN










