Kapal Sirius Sumud Flotilla ditahan Israel

Kapal Sirius Sumud Flotilla ditahan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat rakyat Malaysia merupakan antara peserta Global Sumud Flotilla (GSG) yang ditahan secara tidak sah oleh Israel di perairan antarabangsa.

Menurut Sumud Nusantara, mereka yang menaiki kapal Sirius telah menghantar mesej SOS bermaksud sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.

Empat rakyat Malaysia berada di kapal tersebut iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kapal Sirius itu telah dipintas oleh rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 9.47 malam waktu Gaza.

Sumud Nusantara berkata, kapal itu membawa seramai empat orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh peserta GSF, Rahmah Ikhsan yang merupakan antara rakyat Malaysia menyertai misi tersebut.

“Allahuakbar, team Sumud Flotilla sudah masuk ke zon merah.

“Langit G (Gaza) menjadi saksi perjuangan mereka. Kita pula menjadi saksi perjuangan mereka,” katanya dalam Facebook beliau.

Beliau kemudian mengajak semua rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa agar perjalanan mereka ke bumi Gaza berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 10 buah dron dianggarkan berlegar dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang udara konvoi GSF yang sedang belayar menuju ke Gaza. 

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya mengesahkan terdapat cubaan intimidasi dari kapal tentera yang diyakini milik pihak Zionis Israel terhadap dua kapal flotilla, Sirius dan Alma.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×